Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang sinonim
dengan adat seperti lembaga dan perpatih yang
mengandungi 12 ‘suku’ di bawahnya. Suku-suku ini terdiri
daripada Suku Tanah Datar, Suku Batu Hampar, Suku Selemak
Pahang, Suku Selamak Menangkabau, Suku Mungka, Suku
Payakumbuh, Suku Sari Malanggang,
Suku Tiga Batu, Suku Biduanda,
Suku Tigo Nenek, Suku Anak Acheh
dan Suku Batu Balang.
Mengikut adat perpatih,
perkahwinan sesama suku atau
‘seperut’ adalah dilarang atau
mereka akan hilang sesuatu hak
sekiranya masih meneruskan
perkahwinan tersebut. Walau
bagaimanapun, kedua-dua belas
suku ini boleh dikahwini oleh orangorang
besar seperti putera raja atau
anak-anak putera atau pun lelaki/
perempuan daripada suku ayer kaki
atau lingkongan. Apa yang difahami
daripada rekod ini, mana-mana
anak putera/tunku besar yang
berkahwin dengan lelaki/perempuan
daripada 12 suku itu akan
membentuk suku ayer kaki atau
lingkongan yang berlembagakan
orang ampat istana.
Dalam tahun 1926, satu
perbincangan telah diadakan di
antara Pegawai Daerah Kuala Pilah
dan Tunku Besar. Perbincangan
tersebut adalah berkenaan
peraturan-peraturan yang dirangka
oleh pihak Tunku Besar bagi manamana
suku ayer kaki atau lingkongan yang
hendak ‘menyemenda’ (berkahwin) dengan
mana-mana perempuan daripada mana-mana
suku yang dua belas itu, hendaklah mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan